Diriku Milik-Mu Tuhan


Tuhan segala nikmat yang Engkau anugerahkan, aku bersyukur

Segala ujian yang Engkau timpakan sabarlah aku

Setakat mana nikmat yang Engkau takdirkan buatku, aku redhalah menerimanya

Masa depanku, aku serahkan kepada-Mu

Aku yakin selagi aku hidup adalah jaminan dari-Mu

Agar aku tidak susah memikirkan masa depanku

Tapi tidak pula aku menafikan usaha

Setiap kepujian yang aku terima, aku kembalikan kepada-Mu

Aku tidak layak menerimanya

Setiap kejayaan dan penghinaan yang dilemparkan kepadaku, aku boleh menerimanya

Aku kan hamba, hamba itu memang hina

Patutlah aku menerimanya

Setiap ibadah yang aku buat, aku lupakan sahaja

Orang masuk ke Syurga bukan kerana ibadahnya

Tapi kerana rahmat-Mu

Lagipun ibadah yang aku lakukan belum tentu diterima

Tuhan dengan rahmat-Mu janganlah aku diazab

Dengan rahmat-Mu ampunkanlah sahaja dosa-dosaku

Maafkanlah sahaja segala kesalahanku

oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi